Kebenaran
pasti akan datang kepada mereka yang tidak bersalah. Bila sampai masanya, ia
pasti akan terbongkar!
Pada
19 Oktober tahun lepas, seorang pelajar Korea Selatan bernama Kim Yun Song dilaporkan
telah didakwa atas kesalahan pemerdagangan ganja seberat 219g. Jika sabit
kesalahan, suspek bakal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Ganja
tersebut telah ditemui dalam satu serbuan oleh pihak polis di sebuah apartmen dekat
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Seorang pelajar antarabangsa berusia 20 tahun
yang menuntut di salah sebuah kolej tempatan telah ditahan ketika serbuan tersebut
dijalankan
Pun
begitu, kebenaran sebenar akhirnya terbongkar pada perbicaraan minggu lepas setelah
setahun Kim direman. Menurut peguam yang mewakili Kim, seorang inspektor berusia
27 tahun yang terlibat dalam mengetuai serbuan di apartment tersebut telah menipu
apabila dia panggil untuk memberi keterangan sebagai saksi kejadian.
“Dia
berbohong. Ia terbongkar apabila kami mencabarnya dan memberitahu yang kami
akan menjalankan prosiding penghinaan terhadapnya kerana kami ada bukti yang
dia telah menipu untuk lihat sama ada dia mengaku ataupun tidak,” kata peguam
Kim, Gobind Singh.
READ
Sungguhpun
disoal berkali-kali adakah ada individu lain selain pasukan serbuan pada malam
tersebut, inspektor berkenaan masih berbohong dan mengatakan tiada.
Walau
bagaimanapun, pihak peguam bela berkata mereka mempunyai rakaman CCTV yang
menunjukkan jelas ada kehadiran individu lain dalam keadaan bergari di dalam kejadian
tersebut. Dengan ini, ia membuktikan bahawa inspektor tersebut telah berbohong.
Oleh
itu, mahkamah telah memutuskan untuk membebaskan Kim dan pihak
pendakwa
raya menggugurkan kes.
“Selepas
mengambil kira penyerahan bukti oleh kedua-dua pihak, saya dengan ini
membebaskan dan melepaskan tertuduh,” kata Hakim Abu Bakar Jais.
Keputusan
gembira itu diterima dengan cucuran air mata dari nenek Kim yang berusia 67
tahun. Mereka berdua bakal pulang ke Korea Selatan untuk memperbaharui visa pelajar
Kim dan remaja tersebut akan kembali semula ke Malaysia untuk menamatkan pelajarannya
Rata-rata netizen yang membaca mengenai isu ini terkejut akan bagaimana seorang
pelajar yang tidak bersalah hampir musnah masa depannya kerana tindakan seorang
anggota polis yang tidak jujur.
“Kalau
remaja tersebut dijatuhkan hukuman mati, saya tertanya-tanya bagaimana inspektor
itu boleh hidup dengan rasa bersalah sepanjang hidupnya?” kata seorang netizen.
“Inspektor
yang menipu itu patut diberi hukuman berat kerana anak muda ini hampir- hampir dihukum
gantung sampai mati kerananya!” kata seorang pengguna Facebook lagi.
Syukurlah
Kim terselamat dari hukuman tersebut. Harapnya anggota polis yang tidak jujur
itu mendapat hukuman yang setimpal.