SETIAP
manusia ingin berjaya, namun tak semua miliki tuah...'
Demikian
sebahagian bait-bait lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian penyanyi
terkenal Ella yang dicipta oleh komposer terkenal Wah Idris.
Lagu
itu jugalah yang sering dialunkan oleh seorang wanita berstatus orang kelainan
upaya (OKU) jika anda melewati pekarangan gedung beli-belah Sogo pada hujung
minggu.
Nurul
Shakina Teh Abdullah, 42, adalah namanya. Mesra dipanggil sebagai Nurul, dia
sering dipuji dek alunan suaranya yang merdu dan mampu mencapai not tinggi
dengan mudah.
Wanita
dengan kelainan upaya penglihatan itu malah popular di laman sosial lantaran
video nyanyiannya di kaki lima itu, khususnya lagu dendangan Ella tersebut,
yang menjadi antara lagu kegemaran beliau sejak dulu.
Menyingkap
sedikit sejarah lagu berkenaan, ia digubah dan dicipta pada tahun 1998
bersempena temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur ketika Malaysia kali pertama
menjadi tuan rumah bagi kejohanan berprestij itu.
Daripada
lirik sehinggalah melodinya, lagu itu terus malar segar dalam ingatan seluruh
rakyat Malaysia dan mampu memberi semangat kepada atlet dan penyokong setia
sukan negara setiap kali ia dimainkan.
READ
Kisah
diri dalam lirik
Namun,
sebahagian lirik itu seolah-olah menggambarkan situasi yang dihadapi Nurul
setiap kali ia dilantunkan.
Ketika
Astro AWANI mendekati beliau, Nurul tidak banyak berbeza dengan orang lain yang
kerap dilihat mencari rezeki sampingan dengan menghiburkan orang ramai di
jalanan.
Begitupun,
persepsi kami berubah sebaik sahaja soalan demi soalan mula dilontarkan kepada
beliau. Setiap jawapan yang dibalasnya mula merungkai sesuatu tentang latar
belakangnya.
Mengikut
ceritanya, dia pernah bertugas sebagai penyambut tetamu di sebuah syarikat
konglomerat selama lebih 20 tahun. Namun, pada dua tahun lalu, dia telah
memilih untuk meninggalkan dunia pekerjaan itu secara sukarela.
Begitupun,
ada sesuatu yang lebih menarik tentang dirinya.
Nurul
sebenarnya merupakan seorang bekas atlet OKU yang pernah mengharumkan nama
negara satu ketika dahulu dalam sukan renang kategori B2 (kecacatan
penglihatan).
Pada
Para Games 2003 yang berlangsung di Vietnam, Nurul telah melakar kejayaan yang
menakjubkan apabila berjaya menggondol dua pingat emas, dengan salah satunya
berjaya memecahkan rekod kejohanan bagi acara dalam temasya itu.
Anak
kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini juga pernah mewakili negara pada
temasya Para Games Kuala Lumpur 2001, Sukan Para Asean Busan 2002, dan Sukan
Para Asean Kuala Lumpur 2006.
Atas
kecekalan, azam dan pencapaiannya, Nurul pernah dinobatkan sebagai Olahragawati
Paralimpik Pulau Pinang pada 2012, selain pernah merangkul gelaran yang sama di
Selangor satu ketika dahulu.
"Dulu
saya bermula dengan menjadi atlet Pulau Pinang. Bila pindah ke KL ni saya
pernah juga jadi atlet untuk Selangor.
“Kenangan
paling best tu bila jadi atlet negara dalam acara renang dan menang pingat emas
pada Para Games di Vietnam. Lebih manis bila akak berjaya pecahkan rekod masa
tu,” imbasnya yang masih ingat tentang saingan hebat daripada atlet Thailand
ketika itu.
Ketika
itu, pujian datang mencurah. Semua orang berbangga dengan pencapaiannya kerana
mencurah keringat dan memerah tenaga demi mengharumkan nama Malaysia.
Detik
manis itu, walaupun segar dalam ingatan Nurul, tetap sudah berlalu.
Kini,
dia hanya mampu meraih pendapatan dengan mengharapkan belas kasihan orang ramai
yang mendengar persembahan nyanyiannya di kaki lima.
“Saya
akan berada di depan Sogo ni dua kali seminggu iaitu hujung minggu sahaja.
Kalau ada cuti umum pun saya akan ke sini. Pendapatan tu kadang tak tentu sebab
kita hanya mengharapkan sumbangan ikhlas orang.
“Tapi
setakat ni… bolehlah untuk meneruskan hidup,” ujarnya sambil melepaskan hela
nafas berat.
Siapa
bela nasib?
Tidakkah
bermain di fikiran kita semua, apakah bentuk bantuan yang yang sepatutnya
diberikan oleh badan-badan bertanggungjawab demi menjaga kebajikan bekas atlet
negara ini?
Apatah
lagi ketika golongan OKU seperti Nurul ini yang masih menggagahkan diri
‘menjual’ suara di jalanan demi mencari sesuap nasi.
Wajarkah
wanita yang pernah membawa kilauan emas untuk negara ini dibiarkan begitu
sahaja?
Lebih
menambah cabaran, Nurul kini bergelar ibu tunggal yang membesarkan dua orang
anaknya yang kini berusia 12 dan 8 tahun, selepas berpisah dengan bekas
suaminya.
Hanya
berbekalkan bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
pendapatan tambahan dari hasil alunan suara di depan Sogo, Nurul meneruskan
perjalanan hidupnya tiga beranak.
Sementara
menunggu hari mendatang lebih cerah, Nurul akan terus menyanyi demi
tanggungannya. Lagu ‘berhantu’ Standing In The Eyes Of The World akan terus
menjadi pilihan dan berkumandang di jalanan itu.
“Akak
ingin sangat jumpa Ella,” katanya secara berseloroh namun jujur, bahawa itulah
penyanyi pujaannya.
Nurul
akan terus menjentik naluri orang ramai yang turut terikut menyanyikan lirik
keramat tersebut.
'….Pahit
getir hidup, dan pengorbanan… Terpaksa dihadapi demi kejayaan…'
-------------------------------------------------------------------
Compare Car Insurance
It’s always best to compare car insurance prices before you make a decision. We’re confident we’ve got one of the most comprehensive policies on the market.
Just remember it’s not all about the price. Cheaper doesn’t necessarily mean better value for money. You’ve got to look closely at what each policy includes and, more importantly, what it doesn't include.
We work hard on the whole picture – the excess, extras, convenience and our customer service, and there’s no unnecessary small print, so you always know where you stand.
Here are just a few of the advantages you get from insuring with us:
courtesy car included whilst yours is being repaired by a Co-op approved repairer
windscreen cover with no excess charge for repairable damage
keys covered if a theft has taken place named driver No Claim Discount (available to drivers 20 years of age and over; the minimum age from which a driver can start to earn a No Claim Discount is 19).
Get a quote
Retrieve a quote
As you may expect, our features are subject to limitations and/or exclusions, so please speak to our call centre or view our policy documents online for further details.
Co‑op Car Insurance is normally available to customers aged 17 to 75 years only.
Calls may be monitored or recorded for security and training purposes. First notification of a claim outside of normal working hours will be answered in Eire.
Applicants for insurance are subject to normal underwriting criteria.