Selalunya
apabila kita mengetahui diri atau orang lain di dalam masalah, kita akan bertindak
melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan lanjut dikenakan
secepatnya.
Lagi-lagi
kalau masalah itu menimpa anggota keluarga kita sendiri. Yelah siapa yang mahu
anggota keluarga kita sendiri dianiaya, kan? Namun apa yang berlaku di
Saratok sebaliknya pula.
Menurut
NST, seorang ibu bertindak mendiamkan diri apabila mengetahui anaknya menjadi
hamba S3ks kepada bapa kandungnya. Kejinya!
Ibu
berkenaan yang berusia 40 tahun mengatakan bahawa dirinya telah diugut oleh bapa
mangsa atas cubaan masuk campur dan disebabkan itu dia tidak berani melaporkan
hal berkenaan kepada sesiapa.
Menurut
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, siasatan masih dijalankan
untuk memastikan “kesahihan” tuntutan yang dibuat oleh ibu mangsa.
READ
Si
anak yang sudah tidak tahan akan penderaan S3ksual yang dilakukan bapanya kemudian
mengadu akan masalahnya itu kepada pihak kaunselor sekolah. Dia juga melaporkan
bahawa dia telah dirogol oleh bapanya sebanyak tujuh kali sejak dia berusia 12
tahun.
Tambahnya
lagi, dirinya telah dirogol buat pertama kali di sebuah pondok yang terletak di
ladang kelapa sawit Kabong pada tahun 2014 dan insiden selebihnya telah mengambil
tempat di rumahnya sendiri di Kampung Kabong. Ish apa punya bapa ni!
Si
bapa yang juga seorang petani telah pun ditahan polis dan akan direman sehingga
1 September untuk siasatan lanjut. Kes kini sedang disiasat mengikut S3ksyen
376B Kanun KeS3ksaan yang akan membawa kepada hukuman penjara maksimum selama 30
tahun dan juga sebatan jika disabitkan bersalah.
Macam-macam
kes zaman sekarang. Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama atau tahu
sesiapa yang mengalami masalah sedemikian, laporkan sahaja kepada polis. Kenapa
nak sorokkan benda yang salah? Kalau takut diugut, biarkan polis saja yang
uruskan.