Mana-mana
pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan perkahwinan yang indah dan
berkekalan. Namun siapa sangka, impian berkecai di tengah jalan apabila pasangan
yang dicintai menipu dan melarikan diri beberapa hari sebelum pernikahan.
Seorang
wanita Thai kini diburu pihak polis selepas dia didakwa telah mengahwini lapan
orang lelaki sebelum melarikan kesemua wang hantaran yang bernilai antara TBH200,000
hingga TBH500,000 (RM26,000 – RM64,000) untuk setiap perkahwinan, lapor
Coconuts
Salah
seorang dari mangsanya, Prasarn Tiamyan, 32, telah membuat laporan polis terhadap
‘bekas isteri’ bernama Jariyaporn “Nammon” Buayai, 32, yang didakwa telah
menipu wang hantaran sebanyak THB200,000 (RM25,717) empat hari selepas perkahwinan
mereka di salah sebuah resort di daerah Prachuap Khiri Khan.
READ
Belang
Nammon mula terbongkar apabila sebuah posting di Facebook memuat naik gambar
serta peringatan kepada lelaki Thai untuk menjauhi wanita penipu ini.
Prasarn
yang kini sudah berkahwin lain menyedari akan penipuan tersebut dan terus memaklumkan
hal ini kepada pihak polis berkaitan wanita itu.
Menurut
laporan Amarin TV, Prasarn mula mengenali Nammon apabila suspek ingin berkenalan
dengannya melalui Facebook pada Februari 2015 lalu. Selepas sembilan bulan
berhubungan, dia akhirnya bersetuju untuk mengahwini wanita itu selepas suspek
mengaku sedang hamil anak mereka.
Prasarn
juga mengakui, sepanjang mereka berhubungan Nammon beberapa kali menolak
permintaannya untuk bertemu keluarga wanita tersebut. Hanya selepas empat hari
bernikah, Nammon memberitahu bahawa dia terpaksa ke Nong Khai untuk berurusan
hal berkaitan perniagaan buah-buahannya dan meninggalkan Prasarn.
Sejak
dari itu, Prasarn tidak boleh menghubungi isterinya lagi. Dia juga telah
menerima panggilan dari seorang perempuan yang mengakui sebagai anak saudara
Nammon memberitahu bahawa wanita tersebut sudah keguguran dan dia tidak boleh menghubungi
isterinya.
Prasarn
tidak sedar dia telah ditipu sehinggalah kisah mengenai Nammon muncul di media
sosial baru-baru ini.
Dalam
pada itu, seorang lagi mangsa yang tidak mahu dinamakan mengaku dia juga mengenali
Nammon di Facebook dan telah ditipu untuk membayar wang hantaran sebanyak
TBH500,000 (RM64,357) pada Februari tahun ini.
Setelah
memindahkan wang tersebut ke akaun bank suspek, Nammon secara tiba-tiba berkata
kononnya waktu tersebut bukanlah waktu sesuai untuk dirinya bernikah mengikut
perkiraan horoskop. Banyak pulak alasan dia!
Manakala
seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai “Wichit” memberitahu bahawa dia
telah menghubungi tujuh orang lelaki lain yang sebelum ini telah ditipu Nammon.
Menurutnya
lagi, kisahnya dan mangsa-mangsa lain hampir serupa yang mana Nammon akan
berkawan dengan mereka melalui Facebook, mengadakan hubungan S3ks sebaik sahaja
bertemu dan menipu bahawa dia hamil sebelum memperdaya mereka.
Menurut
sebuah posting Facebook pada 30 Ogos lepas, suspek difahamkan telah bernikah
sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam bulan Ogos kepada lima orang lelaki
yang berbeza-beza. Gila licik!
Sehingga
setakat ini, jumlah lelaki yang dikahwininya masih belum diketahui. Pun begitu,
pihak polis sudah menjejaki suspek hingga ke rumah ibu bapanya, namun mereka
mendapati ibu bapa suspek juga sudah melarikan diri.
Pihak
polis hanya berjaya menemui kakak Nammon yang mengakui sudah memutuskan
hubungan persaudaraan dengan suspek selepas tidak berjaya memulangkan THB10,000
(RM1,287) yang dipinjamnya.
Kakak
suspek yang juga risau akan keadaan ibu bapanya memohon Nammon untuk menyerah
diri dengan secepat mungkin. Jangan hanya kir seronok untuk bernikah sahaja.
Siasatlah latar belakang pasangan anda terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa
keputusan.